BM | EN | 中文

Dakwaan gangguan seksual di PPV Persada disiasat – Polis JB Selatan

PPV-Persada-Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 JUL: Polis sudah merakam keterangan seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang anggota keselamatan yang bertugas di pusat pemberian vaksin AstraZeneca (PPVAZ) Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (Persada), kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata mangsa berusia 32 tahun itu membuat laporan polis pada jam 4.56 petang pada hari kejadian.

‘Kenyataan pengadu telah dirakam dan masih dalam kes disiasat di bawah Sekyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan: katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Semalam tular di laman sosial Facebook, wanita berkenaan mendakwa seorang pengawal keselamatan di PPVAZ itu membuat jenaka dan isyarat lucah terhadapnya ketika hadir untuk janji temu vaksinnya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top