BM | EN | 中文

Dakwaan campur tangan politik, enam mantan KPN wajar bersuara – Kit Siang

lim-kit-siang.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 MEI: Kesemua enam mantan Ketua Polis Negara (KPN) yang masih hidup perlu bersuara sama ada terdapat campur tangan politik dalam pelantikan Ketua Polis Negeri, kata ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.

Gesaan itu dibuat terhadap Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor (1994 – 1999), Tan Sri Norian Mai (1999 – 2003), Tan Sri Musa Hassan (2006 -2010), Tan Sri Ismail Omar (2012 – 2013), Tan Sri Khalid Abu Bakar (2013 -2017) dan Tan Sri Mohd Fuzi Harun (2017 – 2019).

Menurut Kit Siang, Tan Sri Hanif Omar, KPN yang paling lama berkhidmat telah bersuara bahawa sepanjang 20 tahun perkhidmatannya bersama tiga menteri, perkara itu tidak berlaku.

Advertisement

“Saya menggesa kesemua enam mantan KPN yang masih hidup untuk bersuara sama ada mereka berhadapan dengan campur tangan politik dalam melantik Ketua Polis Negeri. Hanif Omar, KPN yang paling lama berkhidmat, telah bersuara,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Mantan KPN yang baru bersara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum ini mendakwa wujud campur tangan politik oleh Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dalam sidang media terakhirnya pada Jumaat lepas.

Hamid Bador juga menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) yang menentukan pelantikan pegawai polis tidak lagi dipengerusikan oleh menteri, sebaliknya mantan ketua hakim negara bagi memastikan kebebasan badan itu.

Advertisement

Terdahulu, Kit Siang dilaporkan Roketkini menggesa sembilan mantan Menteri Dalam Negeri yang masih hidup untuk bersuara sama ada sebagai Ketua SPP, mereka pernah menganggu pelantikan Ketua Polis Negeri atau menyerahkannya kepada budi bicara KPN ketika itu.

Menteri-menteri yang dimaksudkan itu ialah Tun Musa Hitam (1981 – 1986), Tun Dr Mahathir Mohamad (1986 – 1999), Tun Abdullah Badawi (1999 – 2004), Tan Sri Azmi Khalid (2004 – 2006), Datuk Seri Hishamuddin Hussein (2009 – 2013), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (2013 – 2018) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (2018 – 2020).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top