BM | EN | 中文

Dakwaan ahli parlimen Amanah sertai Bersatu petanda PN lemah

Perikatan_Nasional.png
Advertisement

MUAR, 6 JUN: Laporan sebuah portal mendakwa tiga Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat sebagai tanda Perikatan Nasional (PN) dalam keadaan lemah.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Johor, Noor Khalim Sakib berkata taktik yang digunakan itu hanya untuk memberi keyakinan kepada ahli Bersatu sahaja.

Katanya, PN yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin pastinya mahukan sesuatu yang sensasi bagi membuktikan apa yang selama ini dilakukan olehnya dilihat sebagai berada di landasan terbaik.

Advertisement

“Ini petanda PN gelabah dengan menyebarkan perkara yang tidak benar sebegini. Mereka (PN) takut untuk berhadapan dengan realiti selepas Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh meletakkan jawatan.

“Peletakan jawatan itu adalah satu tamparan yang hebat di mana sokongan terhadap kepimpinan Muhyiddin dalam PN dilhat goyah.

“Tindakan menuduh tiga Ahli Parlimen Amanah akan menyertai Bersatu adalah langkah menutup perhatian umum terhadap isu kelemahan PN.

Advertisement

“Ternyata jelas, kenyataan palsu ini boleh dikatakan sebagai cerminan bahawa PN dalam keadaan terdesak dan lemah,” katanya ketika dihubungi.

Semalam tular di laman media sosial kononnya Timbalan Presiden Parti AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub akan keluar parti dan menyertai Bersatu.

Salahuddin berkata, PN sangat tertekan dengan perkembangan terkini politik tanah air sehingga terdesak menyebarkan berita palsu.

Advertisement

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan laporan palsu tersebut.

“Laporan yang merupakan fitnah murahan itu tidak akan sedikit pun menjejaskan usaha dan komitmen PH untuk mengembalikan mandat rakyat dan menyelamatkan negara dari bencana politik PN.

“Saya mengharapkan rakyat Malaysia dapat bersama PH mendukung dan meneruskan cita-cita membentuk Malaysia Baharu yang bebas rasuah dan penyelewengan serta menegakkan amalan politik yang telus, benar dan tidak berteraskan fitnah dan kepalsuan,” jelasnya.

Advertisement

Selain Salahuddin, dua lagi nama disebut akan menyertai PN adalah, Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd Yunus dan Ahli Parlimen Tampin, Dr Hasan Baharom.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top