BM | EN | 中文

Dakwa ditawar jawatan, MP Tebrau sedia disiasat

steven-choong-tebrau.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 MAC: Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tindakannya menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN).

Beliau dilaporkan Sinar Harian berkata akan memberi kerjasama penuh sekiranya perlu berbuat demikian pada bila-bila masa.

“Itu terpulang kepada mereka kalau ada kes,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Hab Pertanian Persatuan Sokongan Kebajikan Wawasan Orang Kurang Upaya (OKU) Johor Bahru di Taman Tanjung Puteri Resort di sini semalam.

Advertisement

Hadir sama, Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Mazlan Bujang serta Pengerusi Persatuan Sokongan Kebajikan Wawasan OKU Johor Bahru, Jamaluddin Abdul Malik.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Rabu mempersoalkan kemampuan SPRM untuk membuktikan agensi itu bebas berkecuali dan profesional dengan menyiasat Perdana Menteri.

Guan Eng berkata, ia susulan pendedahan Steven Choong yang berpaling tadah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Muhyiddin menjanjikannya jawatan rasmi jika mengalih sokongan.

Advertisement

Katanya, SPRM sekurang-kurangnya perlu menyatakan secara terbuka bahawa usaha melompat parti kerana wang atau melalui pertukaran habuan adalah salah di sisi undang-undang dan merupakan amalan rasuah.

Mengenai saranan supaya wakil rakyat yang mahu melompat parti perlu mengosongkan kerusi terlebih dahulu, Steven Choong berkata, itu adalah pandangan mereka.

“Itu hak mereka untuk kata apa sahaja kerana ini adalah negara demokrasi,” katanya.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top