BM | EN | 中文

“DAH LAMA TUNGGU BANGUNAN BARU HOSPITAL PONTIAN”

IMG-20191012-WA0008.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 OKT : Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan, Mohd Khuzzan Abu Bakar menyambut baik pengumuman kerajaan menyalurkan sebahagian peruntukan berjumlah RM95 juta untuk Kementerian Kesihatan bagi pengubahsuaian infrastruktur dan kemudahan perubatan di Hospital Pontian.

Menurutnya, menerusi lawatan beliau ke hospital berkenaan baru-baru ini pihaknya telah dimaklumkan pengurusan hospital tentang permohonan untuk menambah bangunan baharu.

Katanya, bangunan dicadangkan dibina di bahagian belakang hospital itu amat diperlukan susulan wad multi disiplin sedia ada terlalu sesak.

Advertisement

“Terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana peruntukan yang diumumkan untuk bangunan tambahan Hospital Pontian.

“Sudah lama kita tunggu bangunan baharu di hospital berkenaan kerana wad yang ada tidak dapat menampung jumlah pesakit pada masa-masa tertentu.

“Sebahagian mereka ditempatkan di wad bersalin. Jadi tidak selesa untuk kaum wanita terutama golongan muda bila wad multi disiplin penuh. Ia mengundang persepsi masyarakat apabila mereka diletak di wad bersalin pada keadaan waktu tertentu,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir mewakili Menteri Besar merasmikan Festival Hujung Medini 2019 di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar Yayasan Warisan Johor (YWJ), petang tadi.

Tambahnya, beliau menyambut baik pembinaan wad baharu yang sangat diperlukan masyarakat di Pontian dan Tanjung Piai kerana ada sebahagian penduduk terpaksan ke Johor Bahru dan Batu Pahat untuk mendapatkan rawatan.

Jelasnya lagi, beliau berharap pembinaan wad tersebut akan disegerakan untuk manfaat masyarakat.

Advertisement

Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan peruntukan sejumlah RM95 juta bagi pengubahsuaian infrastruktur dan kemudahan perubatan antaranya termasuk di Hospital Pontian.

Katanya, ia sejajar dengan prinsip budaya Memperbaiki, Mengganti dan Memulihkan (3R – Repair, Replace and Restore) dan sebanyak RM227 juta disediakan untuk menaik taraf peralatan perubatan.

Terdahulu kata Guan Eng sejumlah RM1.6 bilion diperuntuk untuk membina hospital baharu dan menaik taraf serta membesarkan hospital sedia ada.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top