BM | EN | 中文

Daftar vaksinasi Covid-19 di kaunter bergerak ‘Sayangi Kluang’

Kaunter-bergerak-Sayangi-Kluang-Mac-2021.jpg
Advertisement

KLUANG, 11 MAC: Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi meneruskan inisiatif bertemu rakyat secara bersemuka melalui program kaunter bergerak ‘Sayangi Kluang”.

Menurut beliau dalam kenyatannya hari ini, kaunter bergerak itu akan berada di Dewan Terbuka Sri Lalang dengan waktu operasi dari jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Selain menjadi tempat menerima aduan rakyat, kaunter bergerak ini juga menyediakan perkhidmatan pendafaran program imunisasi Covid-19 yang dilancarkan oleh kerajaan.

Advertisement

Program program imunisasi Covid-19 ini ditumpukan kepada mereka yang tidak mahir menggunakan peranti mahupun kepada mereka yang tinggal di petempatan yang kurang liputan internet.

“Kaunter bergerak ini merupakan inisiatif bagi membantu warga emas yang tidak mahir menggunakan peranti elektronik dan juga penduduk yang tidak mempunyai kemudahan peranti seperti telefon pintar untuk melakukan pendaftaran vaksinasi.

“Pendaftaran vaksinasi ini amat penting bagi setiap individu dan oleh kerana masalah yang tertentu, kami runsing terdapat penduduk yang masih tidak mendaftar jadi kami mengharapkan usaha pembukaan Kaunter bergerak ini dapat membantu anda,” kata Shu Qi.

Advertisement

Beliau turut memaklumkan, kaunter bergerak ‘Sayangi Kluang” akan turut dibuka di Dewan Terbuka Kahang pada Sabtu, 13 Mac, manakala program lukisan mural duo harimau akan diadakan di Jalan Baharu pada Ahad, 14 Mac.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top