BM | EN | 中文

Daerah sepanjang jajaran HSR di Johor bakal terima impak ekonomi

KL-Singapura_HSR_kereta-api-laju.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 JUN: Projek kereta api laju KL-Singapura (HSR) akan menyumbang terhadap pembangunan negeri Johor, khususnya di daerah-daerah yang terlibat di sepanjang jajaran laluannya.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, kerajaan negeri menyambut baik keputusan kerajaan Malaysia dan Singapura yang bersetuju untuk menyambung semula perbincangan mengenai projek HSR KL-Singapura yang tertangguh beberapa kali sebelum ini.

“Kerajaan negeri Johor sentiasa menyokong projek-projek berimpak tinggi dan pro rakyat seperti HSR kerana yakin bakal membawa manfaat dan limpahan ekonomi yang besar bagi kedua-dua negara, termasuk negeri Johor.

Advertisement

“Pembangunan pesat di kawasan tersebut juga pastinya membawa limpahan ekonomi kepada daerah dan penduduk setempat, termasuk golongan peniaga kecil, sekaligus menambah pendapatan mereka.

“Justeru, kerajaan negeri Johor amat mengalu-alukan projek HSR ini diteruskan demi kebaikan dan manfaat bagi kedua-dua negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Terdahulu, kerajaan Malaysia-Singapura bersetuju menangguhkan keputusan mengenai projek itu hingga 31 Disember 2020.

Advertisement

Katanya, kerajaan kedua-dua negara bersetuju meneruskan projek tersebut walaupun dalam skala lebih kecil bagi mengurangkan kos, termasuk kelajuan kereta api berkenaan.

BACA: Perbincangan projek keretapi laju Malaysia-Singapura akan disambung – Azmin

“Saya yakin dalam tempoh tersebut lebih banyak pertemuan dan perbincangan untuk memperhalusi aspek teknikal dan komersial dijalankan.

Advertisement

“Kerajaan negeri Johor akan memberikan kerjasama dan bantuan sebaik mungkin yang diperlukan bagi merealisasikan projek berkenaan,” katanya lagi.

Apabila siap sepenuhnya kelak, projek HSR bakal menarik pelaburan ke bandar-bandar di Johor iaitu Muar, Batu Pahat dan Johor Bahru yang menjadi lokasi bagi stesen-stesen kereta api laju itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top