BM | EN | 中文

CUTI SEKOLAH DI GALERI BOLA SEPAK JOHOR-JEPUN

johor-football.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 DIS: Musim cuti sekolah pasti lebih bermakna bagi anak-anak terutamanya peminat sukan bola sepak jika berpeluang berkunjung ke Johor Japan Football Gallery (Galeri Bola Sepak Johor-Jepun).

Menurut laman facebook Johor Southern Tigers, galeri ini dibina dengan kerjasama Persatuan Persahabatan Johor dan Jepun (JJFA) dan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Jepun layak buat pertama kali dalam sejarah apabila menang 3-2 keatas Iran dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 1998 di Stadium Larkin (Gambar Ehsan socceroos.com.au)

Pembinaannya merupakan simbolik sempena meraikan ulang tahun ke-20 pasukan Jepun layak ke Piala Dunia selepas beraksi di Stadium Larkin menewaskan Iran pada perlawanan aksi kelayakan Piala Dunia 1998.

Advertisement

Perlawanan bersejarah itu turut disaksikan oleh lebih 10,000 penyokong Jepun.

Galeri berkonsep ‘From Larkin To The World’ ini terbahagi kepada dua ruangan iaitu pameran berunsurkan kejayaan pasukan Jepun serta kebangkitan JDT dalam arena bola sepak tanah air.

Menurut laman sosial Instagram ‘The Royal Johor’, pelancaran galeri ini telah disempurnakan oleh Presiden Kelab Bolasepak JDT, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim.

Advertisement

Pelancaran galeri ini disempurnakan Presiden Kelab JDT, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim

Galeri tersebut turut menggunakan konsep Samurai Biru, warna rasmi skuad Harimau Selatan serta hiasan dalaman konsep laut sebagai simbolik hubungan rapat antara Johor dan Jepun.

Pembukaan galeri yang diusahakan JJFA itu meningkatkan lagi hubungan terutama aspek pembangunan bola sepak membabitkan Johor dan Jepun .

Pengasas JJFA, Koichi Hiroi yang bertanggungjawab mewujudkan galeri berkenaan turut mengadakan klinik bola sepak yang dikendalikan penjaring gol kemenangan yang membawa Jepun layak ke Piala Dunia Perancis iaitu, Shoji.

Advertisement

Galeri berkeluasan 1,300 kaki persegi ini dibuka kepada orang awam setiap hari bermula dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top