BM | EN | 中文

‘Cukup-cukuplah Pas berdrama’ – Timbalan Pengerusi UMNO Johor

nur-jazlan-bn-umno.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 NOV: Pimpinan tertinggi Pas diminta untuk mengamalkan sikap berterus terang dan berhenti bermain wayang berhubung kerjasama parti itu bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ia juga bagi menjawab persoalan mengapa parti berkenaan tiba-tiba berbicara kembali mengenai kerjasama MN selepas dilihat selesa bersama Perikatan Nasional (PN).

Beliau turut mempersoalkan sama ada pendirian Pas untuk kembali semula bersama UMNO itu dibuat selepas melihat kegagalan teruk mereka ketika bersama PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu lalu.

Advertisement

“Cukup-cukuplah Pas berdrama mengenai kerjasama MN dan UMNO ini.

“Lepas dua tahun pengalaman MN dan mendalami tingkah laku pemimpin Pas, saya bertambah yakin bahawa UMNO sahaja yang ikhlas memperjuangkan kepentingan Islam serta orang Melayu.

“Selama ini, Pas yang selalu cabuli semangat MN, Pas cabar maruah dan angkuh dengan UMNO tetapi tiba-tiba bila sudah terhantuk baru hendak sebut balik pasal kerjasama,” katanya lapor Sinar Harian Khamis lalu.

Advertisement

Sebelum ini, Pas menerusi Naib Presidennya, Senator Idris Ahmad memaklumkan parti berkenaan dijangka menentukan hala tuju parti itu sama ada terus bersama PN, MN dalam tempoh terdekat.

Perkara itu dipercayai dibangkitkan pelbagai pihak susulan kegagalan parti berkenaan meraih sebarang kerusi ketika bersama gagasan PN dalam PRN Melaka pada Sabtu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top