BM | EN | 中文

‘Cukai terbang’ amalan berzaman perlu dihapuskan

khairuddin-a-rahim-adun-senggarang.jpg

Gambar Ir Khairuddin ketika melawat kawasan hutan di Mersing, pada April 2019

Advertisement

BATU PAHAT, 7 JUL: Amalan ‘cukai terbang’ bagi keluaran hasil kayu balak harus dibanteras dan dihapuskan oleh pihak berkuasa.

Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim ketika dihubungi berkata, melalui laporan yang diterimanya amalan tersebut masih lagi dilakukan dan bergerak aktif.

“Saya mendapat laporan masih lagi terdapat aktiviti yang melibatkan pengeluaran kayu balak yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sehingga mendatangkan pelbagai permasalahan hasil dari kegiatan ini.

Advertisement

“Saya mencadangkan agar mereka yang terlibat ini harus segera diambil tindakan bukan sahaja pengusaha kayu balak malah mereka dari jabatan yang meluluskan soal cukai tersebut perlu diambil tindakan tegas.

“Perkara ini telah disuarakan namun sehingga hari ini kegiatan ini masih tidak selesai dan ada di antara mereka masih mampu mengeluarkan hasil hutan serta menjalankan aktiviti tanpa ada sebarang tindakan,” katanya.

Khairuddin dalam satu kenyataan lain turut mendakwa bahawa pihaknya sebelum ini telah membawa isu tersebut ke sidang Dewan Negeri (Dun) Johor, namun masih tiada tindakan drastik dilakukan pihak berkuasa.

Advertisement

Tambahnya lagi, cukai terbang ini akan memberi kesan tidak baik kepada pendapatan negeri serta kawalan terhadap hasil hutan tidak dapat dilakukan.

“Semua penguatkuasa Jabatan Hutan hendaklah mengambil perhatian secara serius yang mana amalan tersebut sekiranya tiada persetujuan bersama di antara pelaku dan penguatkuasa sudah tentu ianya tidak berlaku.

“Kita akan dapat lihat kesan cukai terbang ini akan menyemarakkan budaya rasuah di kalangan kakitangan awam dan pelaku. Selain itu hasil negeri akan hilang kerana sebahagian kayu yang tidak disahkan akan lenyap dari cukai yang sepatutnya dikenakan.

Advertisement

“Kesan yang seterusnya adalah keadaan ini memberi muka kepada pengusaha balak untuk melakukan kerja-kerja pengeluaran kayu balak tanpa mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang akan mengakibatkan pengawalan terhadap hutan tidak berjaya dilakukan,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, hasil bumi dan perkara yang berkaitan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top