BM | EN | 中文

Cuepacs mohon COVID-19 disenarai penyakit diberi cuti kuarantin

cuepacs.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 MAC: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan agar kerajaan mempertimbang untuk memasukkan COVID-19 ke dalam senarai jenis penyakit berjangkit yang diberikan kemudahan cuti kuarantin.

Presidennya, Adnan Mat berkata kemudahan cuti kuarantin kepada ibu bapa dan penjawat awam perlu diberikan berikutan pengisytiharan COVID-19 sebagai pandemik dan wabak itu perlu dimasukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016.

Pekeliling itu memperuntukkan kemudahan cuti kuarantin, enam penyakit berjangkit iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD); demam denggi dan demam denggi berdarah; campak; cacar air; difteria dan malaria.

Advertisement

“Cuepacs juga merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh warga kerja yang terlibat dalam menangani COVID-19. Diharap mereka bersabar dan terus tekun dalam menjalankan tugas,” katanya, lapor Bernama.

Dalam pada itu katanya Cuepacs mengakui kesusahan yang sedang dilalui namun tiada sebarang rungutan diterima walaupun bertugas dalam keadaan masa tidak menentu.

Cuepacs turut memohon agar pihak bank mengambil inisiatif untuk menangguhkan dan membuat penstrukturan semula bayaran balik pinjaman penjawat awam serta kakitangan syarikat yang terjejas pendapatan akibat penularan wabak itu.

Advertisement

“CUEPACS juga telah menerima banyak keluhan warga pekerja dan rakyat yang hilang pendapatan sementara memandangkan banyak industri dan syarikat yang terjejas dan ada antara mereka serta kakitangan telah diberi notis cuti sementara tanpa gaji akibat COVID-19,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top