BM | EN | 中文

Cucu ugut bunuh nenek ditahan di Ulu Tiram

PDRM-polis-tangkapan-jenayah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 APR: Seorang lelaki yang mengugut untuk membunuh neneknya sendiri menggunakan pisau gara-gara tidak mendapat wang seperti diminta ditahan polls di Kampung Batu 16, Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini malam kelmarin.

Ketua Polls Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata lelaki berusia 23 tahun itu didakwa melakukan ugutan tersebut ketika neneknya berada dalam rumah pada 6 petang.

“Dia datang ke rumah dalam keadaan marah kerana tidak diberikan wang seperti diminta sambil mengacukan sebilah pisau dan mengugut akan menyembelih mangsa Mika tidak memberikan wang.

Advertisement

“Kerana ketakutan, mangsa yang berusia 75 tahun telah melarikan diri ke rumah jiran untuk meminta pertolongan sebelum jirannya menghubungi polls;’ katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mohd Sohaimi berkata susulan laporan itu, polls telah pergi ke rumah berkenaan dan membuat tangkapan ke atas lelaki terbabit pada 12.05 tengah malam, serta merampas sebilah pisau berukuran 24 sentimeter (cm) panjang.

“Hasil semakan lampau mendapati cucu nenek berkenaan penganggur dan mempunyai tiga rekod jenayah dan dua rekod berkaitan dadah.

Advertisement

“Dia kini ditahan reman selama empat hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top