BM | EN | 中文

Cucu Tun Dr Ismail umum keluar parti Bersatu

Tariq-Ismail-cucu-Tun-Dr-Ismail-keluar-Bersatu.jpg

Tariq Ismail Mustafa (Gambar Ehsan FB Tariq Ismail Mustafa)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 OGOS: Cucu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tariq Ismail Mustafa mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, beliau berkata, terpaksa ‘berpatah arah’ bagi meneruskan perjuangan yang berlandaskan prinsip-prinsip dipegang bersama – menentang korupsi dan salah guna kuasa bagi membentuk bangsa dan negara yang bermaruah dan berintegriti

“Saya, Tariq Ismail Mustafa, ahli no 0051 dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan ini mengumumkan penarikan diri saya sebagai ahli PPBM (Bersatu).

Advertisement

“Ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap pucuk pimpinan parti terutama Presiden Parti, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, di atas kepercayaan yang telah ditunjukkan kepada saya,” katanya dalam kenyataan.

Tariq turut berterima kasih kepada Muhyiddin atas segala tunjuk ajar di dalam selok-belok berpolitik.

“Bagi saya secara peribadi, arah tuju ini harus mengharungi jalan yang berliku dan berduri, seiring dengan perjuangan yang bermaruah.

Advertisement

“The ends do not justify the means” (matlamat tidak menghalalkan cara) terutama dalam aspirasi pembangunan bangsa dan negara.

“Mana letaknya akhlak dan kebolehpercayaan seseorang pemimpin sekiranya jalan pintas digunapakai bertentangan matlamat perjuangan?

“Diatas dasar ini, dan sejajar keperibadian saya, saya dengan ini meletak jawatan sebagai ahli PPBM (Bersatu) berkuatkuasa serta merta,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top