BM | EN | 中文

Cubaan tekong, dua pembantu seludup masuk enam pendatang asing gagal

Cubaan-tekong-dua-pembantu-seludup-masuk-enam-pendatang-asing-gagal.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 APR: Cubaan seorang tekong bersama dua pembantunya menyeludup masuk enam pendatang asing tanpa izin menggunakan sebuah bot pancung kayu gagal apabila kesemuanya ditahan pihak berkuasa di persisiran pantai Sungai Kuali, Permas dekat Pontian, hari ini.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua ACP Muhd Zailani Abdullah berkata tekong bersama dua pembantunya serta lima lelaki dan seorang wanita pendatang asing tanpa izin itu ditahan pada kira kira pukul 5.00 pagi

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota PPM Wilayah Dua (Kukup) melakukan operasi bersepadu bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dan anggota Balai Polis Permasdi persisiran pantai itu lalu menahan kesemua mereka yang merupakan rakyat Indonesia berumur antara 27 dan 63 tahun, katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisement

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah bot pancung kayu berserta dua enjin bot 40 kuasa kuda

Katanya tekong dan dua pembantunya kini disiasat mengikut Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) manakala kesemua pendatang asing tanpa izin berkenaan disiasat mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top