BM | EN | 中文

Cubaan tangkap ikan guna pukat pari di taman laut dekat Mersing digagalkan

Jabatan-Perikanan-Johor-pukat-pari-mersing.jpg

Gambar Ehsan Abu Fateh News

Advertisement

MERSING, 19 JUL: Jabatan Perikanan Johor berjaya menggagalkan cubaan menangkap ikan menggunakan pukat pari di kawasan Taman Laut Pulau Babi Hujung, di sini pada Ahad.

Susulan itu, satu unit peralatan penangkapan ikan pukat pari yang dianggarkan sepanjang 500 meter telah disita.

Pengarah Perikanan Negeri Johor, Noraishah Hashim berkata, sebelum itu Unit Taman Laut dan Pengurusan Sumber, Jabatan Perikanan Johor telah melakukan rondaan rutin pemantauan vesel di perairan Johor Timur bermula petang Ahad hingga pagi Isnin.

Advertisement

“Apabila sampai di lokasi, kita dapati pukat pari itu dipasang di kawasan Taman Laut Pulau Babi Hujung.

“Aktiviti memasang pukat pari dalam kawasan larangan Taman Laut Malaysia merupakan suatu kesalahan dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Perikanan 1985 iaitu kesalahan menangkap atau cuba menangkap ikan di kawasan Taman Laut Malaysia.

“Jika disabit kesalahan, peralatan menangkap ikan akan dirampas dan pesalah akan dikenakan tindakan kompaun,” katanya, lapor Sinar Harian.

Advertisement

Jelas beliau, dalam rondaan yang sama, penguat kuasa Jabatan Perikanan Johor turut membuat pemeriksaan pematuhan syarat-syarat lesen penangkapan ikan terhadap lima buah vesel penangkapan ikan A, B dan C serta 25 nelayan tempatan.

Ia sebagai salah satu aktiviti pemantauan, pengawalan dan survelan jabatan berkenaan di perairan perikanan Johor Timur.

“Kami ingin ingatkan orang awam agar sentiasa mematuhi Akta Perikanan 1985 agar sumber perikanan negara dapat diurus secara lestari.

Advertisement

“Jabatan Perikanan Johor sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan akan terus bertekad melindungi sumber perikanan di perairan Johor,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top