BM | EN | 中文

Cubaan sorok dadah bernilai RM1juta di kebun getah gagal

polis.jpg
Advertisement

MUAR, 27 JAN : Cubaan untuk menyorokkan 20 kilogram dadah jenis syabu dengan menanamnya di sebuah kebun getah, di sini tidak berhasil apabila berjaya dibongkar Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Muar dalam serbuan Sabtu lalu.

Komandernya, Asisten Komisioner Abdul Rahman Mohamad berkata, serbuan di sebuah pondok di Bukit Pasir itu berjaya merampas dadah disyaki jenis Syabu berkenaan yang dianggarkan bernilai RM1 juta.

Katanya, susulan itu seramai tiga suspek lelaki warganegara Indonesia berusia antara 20 hingga 56 tahun turut ditahan.

Advertisement

“Serbuan dilakukan hasil risikan selama seminggu selepas menerima maklumat daripada orang awam. Kesemua dadah ditemui dibawah timbunan tanah, dipercayai disorok oleh suspek.

“Ujian saringan awal polis kesemua tangkapan positif meth tidak mempunyai dan tidak mempunyai rekod lampau.

“Kes disiasat satu Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952. Kesemua suspek direman sehingga 8 Februari bagi membantu siasatan,”katanya kepada wartawan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, hari ini.

Advertisement

Tambahnya, rampasan itu merupakan kejayaan terbesar PPM Wilayah 2 sejak awal tahun.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top