BM | EN | 中文

Cubaan seludup ke Singapura gagal, Maqis Johor rampas 1,320 kg udang harimau

udang-harimau-maqis-johor.jpg

Gambar Ehsan Karangkraf

Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 OGOS: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) Johor merampas 1,320 kilogram (kg) udang harimau sejuk beku bernilai hampir RM6,600 disyaki cuba diseludup ke Singapura selepas menahan sebuah loll di Kompleks Sultan Abu Bakar di sini malam tadi.

Menurut MAQIS Johor pemeriksaan rutin pada 11.30 malam itu mendapati lori sejuk beku itu sepatutnya hanya membawa 3,880kg udang harimau seperti yang diikarkan oleh ejen penghantaran namun didapati terdapat 5,200kg udang harimau di dalam kenderaan itu.

“Didapati jumlah udang harimau itu melebihi daripada kuantiti yang diikrarkan dan sehubungan itu sebanyak 1,320kg udang harimau dirampas untuk tindakan lanjut.

Advertisement

“Pemandu lori berusia 39 tahun berkenaan dilepaskan selepas keterangannya diambil,” menurut MAQIS Johor dalam kenyataan hari ini.

MAQIS Johor memaklumkan mengeksport apa sahaja jenis keluaran pertanian dengan memberikan makiumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan, merupakan kesalahan di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top