BM | EN | 中文

Cubaan rogol dan samun warga emas di Skudai, tiga warga asing ditahan

PDRM-Polis.png
Advertisement

JOHOR BAHRU 28 APR: Polis menahan tiga lelaki warga asing selepas dipercayai terlibat dalam kejadian cubaan merogol dan menyamun seorang warga emas di Taman Skudai awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata ketiga-tiga lelaki terdiri daripada seorang warga Bangladesh berumur 26 tahun dan dua warga Myanmar berumur 21 dan 26 tahun, kesemuanya bekerja sebagai buruh binaan, yang ditahan di sekitar kawasan berkenaan kira-kira 2.30 petang.

Dzulkhairi berkata dalam kejadian pada 3.30 pagi itu, mangsa seorang suri rumah berusia 65 tahun sedang tidur di rumahnya sebelum terdengar bunyi seperti orang membuka tingkap biliknya.

Advertisement

“Mangsa kemudian mendapati seorang lelaki bangsa asing, berkulit gelap tidak memakai baju dan hanya memakai seluar dalam sedang berdiri di hadapan katilnya sambil memegang sebatang besi.

“Lelaki berkenaan mengarahkan mangsa supaya diam dan menanggalkan pakaian kerana hendak merogolnya. Mangsa yang ketakutan hanya menurut apa yang disuruh,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata cubaan lelaki berkenaan untuk merogol mangsa bagaimanapun tidak berjaya dan hanya mengeluarkan air mani di atas tilam mangsa.

Advertisement

Menurutnya lelaki berkenaan juga memaksa mangsa supaya menyerahkan wang tunai sebanyak RM500 dan beredar selepas mangsa menyerahkan wang berkenaan.

“Berpandukan maklumat, hasil siasatan dan risikan, pihak polis berjaya menahan ketiga-tiga lelaki yang terlibat termasuk dua warga Myanmar yang bersekongkol dan cuba melarikan diri di sekitar kawasan taman berkenaan.

“Pihak polis turut merampas beberapa bahan bukti yang dipercayai digunakan untuk tujuan samun antaranya sebatang besi, besi pengumpil, sehelai ‘boxer’ berwarna kelabu dan sebuah telefon bimbit,” katanya.

Advertisement

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan, Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

Kesemua lelaki yang ditahan akan dibawa ke Mahkamah Johor Bahru untuk proses permohonan reman.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top