BM | EN | 中文

Cubaan bawa rokok seludup dari Johor ke Negeri Sembilan gagal

Cubaan-bawa-rokok-seludup-gagal.jpg
Advertisement

JEMPOL, 27 JAN: Polis menahan seorang lelaki dan merampas rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM70,000 dalam sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Besar Hadapan Taman Sornam, Bahau, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata lelaki tempatan berumur 26 tahun itu memandu lori jenis Hino ditahan pada jam 1.30 tengah hari dan pemeriksaan lanjut menemukan 1,400 karton rokok pelbagai jenama dalam kenderaan itu.

“Suspek yang baru pertama kali masuk ke Bahau telah diarahkan berhenti untuk pemeriksaan dan suspek dilihat panik serta kurang senang semasa melalui SJR.

Advertisement

“Siasatan mendapati lelaki berasal dari Kulai, Johor itu telah mendapat tawaran bekerja sebagai pemandu lori menerusi aplikasi Wechat dan tidak mengetahui dari mana rokok itu diseludup selain hanya berhubung dengan majikan yang dipanggil ‘bos’ menerusi panggilan telefon,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati suspek memandu lori itu dan menghantar barangan sejak dua bulan lepas di beberapa lokasi bermula dari Kulai, Johor ke Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Hoo berkata suspek menerima arahan menerusi telefon daripada ‘bos’ berkenaan untuk mengambil lori yang telah ditinggalkan di sesuatu tempat bersama kunci untuk memulakan kerja penghantaran.

Advertisement

Mengulas lanjut, beliau berkata bagi setiap penghantaran barang, suspek akan menerima gaji secara tunai sebanyak RM270.

Katanya, ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Hoo berkata berkata suspek direman bermula hari ini sehingga Jumaat bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top