BM | EN | 中文

Cuba masuk perairan negara, 13 migran ditahan di Kota Tinggi

ATM-angkatan-tentera-malaysia-ATM.png

KOTA TINGGI, 18 OGOS: Angkatan Tentera Malaysia menahan 13 warga Indonesia yang cuba memasuki negara ini melalui perairan Johor di Pantai Nibong Sebatang kelmarin..

Menurut kenyataan Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Kem Terendak, mereka yang ditahan semasa Op Benteng pada 10.30 malam itu merangkumi sembilan lelaki dan empat wanita, berusia antara 21 dan 41 tahun.

Kejadian disedari oleh anggota Pos Pemerhati, Kompeni B, Pasukan Batalion Satu Rejimen Renjer Diraja yang melihat sebuah bot sedang berlegar dan menuju ke pesisir pantai pada jarak 500 meter dari pesisiran Pantai Nibong Sebatang.

“Hasilnya, seramai 12 migran ditahan manakala menerusi aturgerak kumpulan Quick Reaction Force serta bantuan daripada Tim Dron Bahagian Staf Perisikan Pertahanan telah mengesan seorang lagi yang didapati bersembunyi di kawasan sekitar menjadikan tangkapan keseluruhan seramai 13 migran,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kesemua yang ditahan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang, Johor mengikut prosedur operasi standard COVID-19 dan kemudian diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai, Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top