BM | EN | 中文

Cub Prix Malaysia PETRONAS bermula 20 Mac ini

Cub-Prix-Malaysia-PETRONAS-bermula-20-Mac-ini.jpg

Gambar Ehsan FB Malaysian Cub Prix

Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 MAC: Musim 2021 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akan bermula seperti yang dijadualkan pada 20 Mac ini di Litar Sepang Selatan, menurut penganjur kejuaraan itu.

Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd Ron Hogg, dalam satu kenyataan hari ini, menegaskan pihak kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS serta Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) gelembung sukan berjalan lancar demi memastikan industri sukan itu terus berkembang.

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat beberapa perubahan kecil dalam jadual perlumbaan musim ini yang menyaksikan pusingan kedua kejohanan dianjurkan di Litar Sepang Utara pada 3 dan 4 April depan.

Advertisement

Berikut jadual Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021:

Pusingan 1: Sepang Selatan (20-21 Mac)
Pusingan 2: Sepang Utara (3-4 April)
Pusingan 3: Tangkak, Johor (22-23 Mei)
Pusingan 4: Litar Permotoran Terengganu (26-27 Jun)
Pusingan 5: Akan dimaklumkan (9-10 Julai)
Pusingan 6: Sepang Utara (7-8 Ogos)
Pusingan 7: Sepang Selatan (4-5 Sept)
Pusingan 8: Litar Permotoran Terengganu (9-10 Okt)
Pusingan 9 : Akan dimaklumkan (13-14 Nov)
Pusingan 10: Sepang Utara (18-19 Dis)

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top