BM | EN | 中文

Cuaca lembap dijangka berterusan sehingga hujung Julai – MetMalaysia

met-malaysia-jabatan-meteorologi.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 14 JUL: Negara akan mengalami keadaan cuaca lembap dari semasa ke semasa dan dijangka berterusan sehingga hujung Julai ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon.

Beliau dipetik Bernama sebagai berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan intensiti Monsun Barat Daya tahun ini yang dikesan lemah berbanding biasa, dan menyebabkan cuaca lembap berlaku pada bulan Jun dan Julai yang kebiasaannya kurang hujan.

Mengenai keadaan cuaca semasa, hujan lebat yang berterusan telah mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan Jailan berkata, ia adalah akibat daripada penumpuan angin Tenggara dan angin Barat Daya di selatan Semenanjung serta angin Barat Daya dan angin Barat Laut di utara Semenanjung.

Advertisement

“Keadaan ini juga berlaku serentak dengan air pasang yang berlaku sejak awal pagi tadi. Bagaimanapun, cuaca lembap itu dijangka berkurangan menjelang lewat petang ini,” jelasnya.

Dalam pada itu beliau berkata, kawasan pesisir pantai barat Semenanjung berpotensi berlaku hujan lebat serta ribut petir (garis badai), pada awal pagi akibat daripada penumpuan angin barat daya.

Pada sebelah petang pula, keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di kawasan pedalaman negeri Perak, Selangor, Johor, Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Advertisement

MetMalaysia meminta penduduk di kawasan rendah yang biasa dinaiki air, untuk lebih berwaspada sekiranya berlaku hujan lebat, serta menyimpan dokumen-dokumen penting di tempat yang selamat dan mudah diambil, sekiranya berlaku bencana dan segera berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan apabila diarahkan.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan cuaca dan amaran cuaca, orang ramai boleh melayari laman web rasmi dan media sosial rasmi MetMalaysia atau melalui talian 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top