BM | EN | 中文

Cuaca, aktiviti manusia punca kebakaran beberapa kawasan di Johor

Cuaca-aktiviti-manusia-punca-kebakaran-di-beberapa-kawasan-di-Johor.png

Pemandangan dari udara di sekitar Muar dan Johor Bahru yang mengalami kesan kebakaran akibat panas yang berpanjangan ketika tinjauan udara di sekitar Muar dan Johor Bahru (Gambar Ehsan Bernama)

Advertisement

MUAR, 3 MAC: Cuaca panas yang berpanjangan serta aktiviti pembakaran secara terbuka oleh orang awam dipercayai punca kebakaran yang berlaku di beberapa kawasan di negeri ini sejak beberapa hari lalu.

Menyatakan kebimbangannya, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis, semalam berkata kebanyakan kebakaran dipercayai terjadi akibat aktiviti pembakaran di kebun dan ladang sebagai kaedah pembersihan di kawasan terbabit.

Menurutnya keadaan cuaca panas kering turut menyukarkan operasi memadamkan kebakaran.

Advertisement

“Sebagai contoh, kebakaran kebun dan ladang seluas 20 hektar di Parit Haji Zain dan Parit Haji Lajis, dekat sini, sejak Sabtu lalu hanya dapat dipadamkan 50 peratus berikutan cuaca panas dan kering terus melanda daerah itu, katanya, lapor Bernama.

Katanya kebakaran juga berlaku di Pontian yang membabitkan kawasan seluas enam hektar dan di Batu Pahat (kira-kira 2.4 hektar).

“Bagaimanapun kebakaran di kawasan terbabit masih lagi terkawal dan boleh diuruskan di peringkat negeri,” katanya selepas melakukan tinjauan udara di sekitar Muar dan Johor Bahru.

Advertisement

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka memandangkan keadaan cuaca panas kering boleh mencetuskan kebakaran lebih besar.

“Sekarang bukan masa yang sesuai untuk membersihkan kebun dan kawasan dengan cara pembakaran terbuka,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top