BM | EN | 中文

Covid 19: UTHM hasilkan kotak intubasi, pelindung muka dan ‘boot cover’

uthm-box.jpg

Gambar Ehsam UTHM

Advertisement

BATU PAHAT, 9 APR: Pasukan sukarelawan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang terdiri daripada pensyarah, kakitangan dan para pelajar telah menghasilkan pelbagai rekaan yang berfungsi untuk mengurangkan risiko daripada terdedah kepada virus Covid-19.

Antara rekaan tersebut ialah kotak intubasi, pelindung muka dan ‘boot cover’ (pelindung kasut but) yang akan digunakan para petugas kesihatan dan keselamatan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Salah seorang sukarelawan, Profesor Madya Dr Mustaffa Ibrahim dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan antaranya telah menghasilkan pelindung muka (face shield).

Advertisement

Menurut beliau alat pelindung muka itu dihasilkan melalui kaedah ‘3D printing’ untuk kegunaan para petugas ‘barisan hadapan’ di pusat kesihatan.

“Face shield tersebut telah disumbangkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Semoga Allah memberkati dan memberi rahmat atas usaha yang murni ini,” katanya.

Sementara itu pasukan Solusi Teknikal UTHM yang terdiri daripada 10 penyelidik berjaya menghasilkan ‘Kotak Intubasi’ untuk digunakan oleh para doktor semasa berhadapan dengan pesakit.

Advertisement

Menurut Ketua Projek, Dr. Wan Saiful-Islam Wan Salim proses melakukan intubasi pesakit Covid-19 memerlukan petugas perubatan berada rapat dengan pesakit yang mana situasi ini akan mendedahkan petugas dengan risiko jangkitan.

Justeru itu, pasukan ini bertindak memberikan cadangan penyelesaian kepada pihak hospital dengan menghasilkan Kotak Intubasi bagi membantu petugas perubatan terlindung daripada percikan air pesakit contohnya air liur, batuk dan bersin yang boleh membawa risiko jangkitan.

“Kotak Intubasi ini direka bentuk menggunakan ‘solidwork’ dan dihasilkan menggunakan mesin pemotongan laser yang mengambil masa satu hari untuk menyiapkannya.

Advertisement

“Kelebihan utama kotak ini ialah kemampuannya untuk melindungi petugas dari risiko terkena jangkitan dan pada masa yang sama mudah untuk dikendali dan dibersihkan,” katanya.

Difahamkan, prototaip tersebut telah diuji secara teliti oleh pihak hospital dan pasukan tersebut mendapat maklum balas positif untuk proses penambahbaikan yang akan dibangunkan dalam masa terdekat ini.

“Penghasilan solusi segera ini akan dapat dicapai melalui kaedah penyediaan prototaip Minimum Viable Product (MVP) kepada pihak hospital untuk proses maklumbalas walaupun proses inovasinya perlu dilakukan secara berulang kali,” kata Dr. Ahmad Jais Alimin, penyelaras projek.

Advertisement

Dalam pada itu, pasukan Solusi Teknikal UTHM turut berjaya mereka ‘boot cover’ dengan menggunakan material plastik dan telah menarik perhatian pihak Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Dengan hanya menggunakan material plastik, getah dan pita pelekat (masking tape), sampel kemudiannya diuji terlebih dahulu untuk memastikan tahap ketahanan dan kelicinannya.

“Sebanyak 50 pasang ‘boot cover’ berjaya dihasilkan dalam masa empat hari sahaja.

Advertisement

“Pasukan kami berharap usaha sebegini dapat memberi solusi tambahan kepada petugas kesihatan dalam meningkatkan lagi tahap perlindungan diri mereka,” kata Profesor Madya Dr Kamarul Azhar Kamarudin.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top