BM | EN | 中文

Covid-19: Tujuh pesakit meninggal dunia hari ini, 150 kes baru

covid_19_coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tujuh lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan bilangan kematian tertinggi dalam sehari setakat ini.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kematian sehingga hari ini adalah seramai 34 orang.

Beliau juga berkata, sebanyak 150 kes baru direkodkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 2,470.

Advertisement

Dalam pada itu terdapat 68 kes telah pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital hari ini.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah seramai 388 kes.

Sehingga kini seramai 73 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut 52 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top