BM | EN | 中文

COVID-19: Tujuh penularan tempatan dari 12 kes harian baru

Covid-19-coronavirus-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 31 JUL: Hari ini mencatatkan 12 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,976 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 125.

Kes kematian ke-125 itu adalah warga emas berusia 64 tahun mempunyai sejarah penyakit jantung dan mengaku sesak nafas sejak 16 Julai 2020.

Advertisement

Pesakit dengan nombor kes 8974 itu disahkan positif Covid-19 dan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

Sementara itu daripada 12 kes baharu hari ini, tujuh adalah penularan tempatan dan bakinya lima adalah kes import.

Terdapat 27 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,644 kes.

Advertisement

Sementara itu terdapat tiga orang pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) seorang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,976 kes dengan 96.30 peratus kadar sembuh bersamaan 8,644 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.39 peratus.

Sehingga kini sejumlah 207 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top