BM | EN | 中文

Covid-19: Tujuh kes harian baru, satu penularan tempatan

covid-19-coronavirus-2.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 13 JUL: Hari ini mencatatkan tujuh kes baharu positif COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,725 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 122.

Daripada tujuh kes baharu hari ini, satu adalah kes tempatan dan enam adalah kes import.

Advertisement

Satu kes tempatan itu adalah dari Kluster Novgorod, iaitu kontak rapat kepada kes-8718 di Melaka.

Manakala hanya satu kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,520 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai empat orang dan tiga daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Advertisement

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,725 kes dengan 97.65 peratus kadar sembuh bersamaan 8,520 pesakit, manakala 122 kematian bersamaan 1.40 peratus.

Sehingga kini sejumlah 83 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top