BM | EN | 中文

COVID-19: Tujuh kes harian baru, lima penularan tempatan

covid-19-coronavirus-2.jpg

KUALA LUMPUR, 24 OGOS: Hari ini mencatatkan tujuh kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,274 kes.

Daripada tujuh kes positif yang dilaporkan, lima adalah kes penularan tempatan dan bakinya, dua adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 125.

Terdapat enam kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,965 kes.

Sementara itu terdapat lapan pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lima orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,274 kes dengan 96.67 peratus kadar sembuh bersamaan 8,965 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.35 peratus.

Sehingga kini sejumlah 184 kes aktif pada kadar 1.98 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top