BM | EN | 中文

COVID-19: Tiga kluster baru dikesan di Johor semalam

cover-covid-johor-01.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 JAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan tiga lagi kluster baharu COVID-19 semalam di Johor dengan dua daripadanya adalah kluster tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua kluster tempat kerja tersebut adalah “Kluster Jalan Rami” melibatkan daerah Muar dan “Kluster Tanjung Megah” di Pontian.

Satu lagi kluster adalah “Kluster Kota” melibatkan daerah Kota Tinggi.

Advertisement

“Kluster Jalan Rami” di daerah Muar dengan kes indeks, iaitu kes ke-132549 dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal.

“Saringan seterusnya di tempat kerja kes indeks mendapati seramai 111 lagi individu dikesan positif COVID-19.

“Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kilang tersebut yang terletak di Jalan Rami 4, Kawasan Perindustrian Bukit Pasir, Muar, Johor.

Advertisement

“Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 241 individu telah disaring, di mana 112 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya.

“Kluster Tanjung Megah” melibatkan daerah Pontian dengan kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-132447 telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat.

“Nama kluster merujuk kepada gabungan nama tempat kerja dan tempat kediaman kes indeks iaitu di Taman Megah, Pontian, Johor.

Advertisement

“Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 183 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” tambahnya.

Manakala “Kluster Kota” melibatkan daerah Kota Tinggi dengan kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-110221 dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Teluk Jeri, Tanjung Sedili, Kota Tinggi.

Advertisement

“Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 397 individu telah disaring, di mana 57 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” menurut Dr Noor Hisham.

Semalam Johor mencatatkan 535 kes baru dengan 363 daripada kluster-kluster, termasuk 118 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Rami, Kluster Kota, dan Kluster Tanjung Megah.

Selain itu 60 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 dan 112 kes daripada lain-lain saringan.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top