BM | EN | 中文

COVID-19: Tiga kluster baru dikesan di Johor semalam

johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 JAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan tiga lagi kluster baharu COVID-19 semalam di Johor dengan dua daripadanya merupakan kluster tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiga kluster tersebut adalah “Kluster Perisaran Selatan” dan “Kluster Jalan Kluang” dan “Kluster Kampung Perani” melibatkan beberapa daerah di Johor.

Kluster Persiaran Selatan merupakan kluster tempat kerja melibatkan daerah Johor Bahru dengan kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan yang terletak di Persiaran Southkey.

Advertisement

“Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 209 individu telah disaring, di mana 61 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” kata Dr Noor Hisham.

Kluster Jalan Kluang Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor dengan kes indeks bagi kluster ini ialah kes ke 137341 telah dilaporkan positif pada 11 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.

“Berikutan kes indeks yang dilaporkan tersebut, saringan telah dijalankan ke atas kontak rapat di tempat kerja kes indeks dan seramai 17 lagi individu dikesan positif COVID-19.

Advertisement

“Nama kluster merujuk kepada lokaliti kilang tersebut yang terletak di Jalan Kluang dan sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 42 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif dalam kluster ini.

Manakala Kluster Kampung Perani melibatkan daerah Kota Tinggi di dengan kes indeks bagi kluster iaitu kes ke-110214 telah dilaporkan positif pada 30 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala.

“Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di sebuah masjid yang terletak di Bandar Sri Perani, Kota Tinggi.

Advertisement

“Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 81 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif dalam kluster ini,” katanya lagi.

Semalam Johor mencatatkan 535 kes baru dengan 345 daripada kluster-kluster, termasuk 80 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Selatan, Kluster Jalan Kluang, dan Kluster Kampung Perani.

Selain itu 118 kes baru adalah daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 dan 72 kes daripada lain-lain saringan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top