BM | EN | 中文

Covid-19: Tiga kematian hari ini, kes baru 589

DG-KKM-Hisham-15-Okt.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, tiga kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 170 kes.

Sementara itu, hari ini 589 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 18,129.

Daripada 589 kes positif yang dilaporkan hari ini, 586 adalah kes penularan tempatan dan hanya tiga kes import.

Advertisement

Terdapat 409 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 12,014 kes.

Sementara itu terdapat 103 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 31 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 18,129 kes dengan 66.27 peratus kadar sembuh bersamaan 12,014 pesakit, manakala 170 kematian bersamaan 0.94 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 5,945 kes aktif pada kadar 32.79 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top