BM | EN | 中文

Covid-19 tidak ganggu persiapan dan promosi Sukma Johor 2020

DSC_7046-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 FEB: Penularan jangkitan Covid-19 (koronavirus) tidak mengganggu persiapan dan promosi yang dijalankan kerajaan negeri khususnya sempena Sukan Malaysia (Sukma) XX Johor 2020.

Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, program promosi di negeri lain juga telah dimulakan.

“Keadaan semasa melibatkan jangkitan koronavirus di negara ini kelihatan terkawal, namun kita perlu ingat Johor berjiran dengan Singapura dengan jarak hanya 700 meter.

Advertisement

“Kita akan lihat semula situasi menjelang akhir bulan ini, namun buat waktu ini perkara itu tidak mengganggu persiapan dan promosi Sukma tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menghadiri Majlis Pelancaran Cenderamata Rasmi Sukma Johor 2020 di pusat beli belah Beletime Danga Bay, di sini hari ini.

Hadir menyempurnakan majlis, Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

Advertisement

Tambah Mohd Khuzzan, selain mengadakan pelbagai program promosi di dalam negeri, kita juga mengadakan program promosi di negeri lain.

“Sebelum ini, kami telah menjelajah ke Kedah dan Perak bagi mempromosikan Sukma Johor, pada 23 dan 24 Februari ini kita akan ke Perlis dan Pulau Pinang sebelum ke negeri lain.

“Selain itu, pihak Al-Ikhsan yang juga merupakan pengeluar cenderamata rasmi akan turut mengadakan promosi di 130 cawangan kedai itu seluruh negara,” ujarnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top