BM | EN | 中文

Covid-19: Tiada keperluan hospital medan ATM di Johor – Exco Kesihatan

r_vidyanathan.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 MEI: Tiada keperluan untuk kerajaan negeri Johor memohon bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mewujudkan hospital medan setakat ini meskipun penggunaan katil di wad dan Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 di hospital kerajaan di negeri ini melebihi 90 peratus.

Exco Kesihatan negeri, R Vidyananthan berkata, ini adalah kerana keadaan Covid-19 di Johor masih belum mencapai tahap kritikal ataupun membimbangkan selain mendapat bantuan daripada hospital-hospital swasta di negeri itu.

Katanya, hospital kerajaan di Johor masih menerima pesakit bukan Covid-19 yang memerlukan sebarang rawatan seperti biasa

Advertisement

“Bagaimanapun, sejak pertengahan bulan lepas, semua pembedahan elekif diberhentikan kecuali pembedahan kecemasan dan pembedahan kes berkaitan kanser,” katanya, lapor Bernama.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top