BM | EN | 中文

Covid-19: Tiada kematian hari ini, kes baharu 38

KKM.jpg

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan FB Kementerian Kesihatan Malaysia)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tidak ada pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian kumulatif kekal sebanyak 98 kes.

Dalam pada itu sebanyak 38 kes positif baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 5,,780 orang.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 100 pesakit sembuh hari ini dan telah pulih menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,862 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 36 orang dengan 15 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,780 kes dengan 66.82.peratus telah sembuh bersamaan 3,862 pesakit, manakala 98 kematian bersamaan 1.70 peratus.

Sementara itu sehingga kini sejumlah 1,820 kes aktif dan masih dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top