BM | EN | 中文

Covid-19: Terkini 50 kes baharu, tiada kematian hari ini, kadar sembuh 82 peratus

dr-noor-hisham-abdullah-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 21 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 114 kes.

Dalam pada itu 50 kes positif baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 7,059 kes.

Menurut Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 90 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 5,796 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 10 orang dengan tujuh daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 7,059 kes dengan 82.11 peratus telah sembuh bersamaan 5,796 pesakit, manakala 114 kematian bersamaan 1.61 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,149 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top