BM | EN | 中文

Covid-19: Terkini 47 kes baharu, tiada kematian hari ini, kadar sembuh 80 peratus

KKM-dr-noor-hisham-abdullah.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan KKM)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 113 kes.

Dalam pada itu 47 kes positif baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 6,941 kes.

Menurut Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 44 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 5,615 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 13 orang dengan enam daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 6,941 kes dengan 80.90 peratus telah sembuh bersamaan 5,615 pesakit, manakala 113 kematian bersamaan 1.63 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,213 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top