BM | EN | 中文

Covid-19: Terkini 37 kes baharu, satu kematian hari ini, kadar sembuh 80 peratus

kkm-dr-noor-hisham-abdullah-1.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan FB Kementerian Kesihatan Malaysia)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 19 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu kes kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 114 kes.

Dalam pada itu 37 kes positif baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 6,978 kes.

Menurut Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 31 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 5,646 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 11 orang dengan enam daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 6,978 kes dengan 80.91 peratus telah sembuh bersamaan 5,646 pesakit, manakala 114 kematian bersamaan 1.63 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,218 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top