BM | EN | 中文

Covid-19: Terkini 37 kematian, 156 kes baru

coronavirus-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 30 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 37 kes.

Beliau berkata, sebanyak 156 kes baru direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 2,626.

Dalam pada itu terdapat 91 kes telah pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital hari ini.

Advertisement

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah seramai 479 kes.

Sehingga kini seramai 94 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut 62 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top