BM | EN | 中文

Covid-19: Terkini 36 kes baharu, tiada kematian hari ini, kadar sembuh 79 peratus

dr-noor-hisham-kkm.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan FB Kementerian Kesihatan Malaysia)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kepada 112 kes.

Dalam pada itu 36 kes positif baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 6,855 kes.

Menurut Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 88 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 5,439 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 14 orang dengan lima daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 6,855 kes dengan 79.34 peratus telah sembuh bersamaan 5,439 pesakit, manakala 112 kematian bersamaan 1.63 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,304 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top