BM | EN | 中文

Covid-19: Terkini 31 kes baharu, kadar sembuh 81 peratus

dr-noor-hisham-KKM-covid-19.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan KKM)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 20 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 114 kes.

Dalam pada itu 31 kes positif baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 7,009 kes.

Daripada 31 kes baru yang dilaporkan, 10 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala 21 kes adalah penularan tempatan di mana 10 kes adalah bukan warganegara Malaysia.

Advertisement

Menurut Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 60 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 5,706 kes.

Sertai telegram Johorkini untuk mengetahui berita dan isu-isu semasa di Johor

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 11 orang dengan tujuh daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Advertisement

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 7,009 kes dengan 81.41 peratus telah sembuh bersamaan 5,706 pesakit, manakala 114 kematian bersamaan 1.63 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,189 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top