BM | EN | 中文

Covid-19: Terkini 22 kes baharu, kematian kumulatif 113, kadar sembuh 80 peratus

dr_noor_hisham_kkm.png

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan KKM)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 113 kes.

Dalam pada itu 22 kes positif baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 6,894 kes.

Menurut Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 59 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 5,571 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 13 orang dengan tujuh daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 6,894 kes dengan 80.91 peratus telah sembuh bersamaan 5,571 pesakit, manakala 113 kematian bersamaan 1.64 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,210 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top