BM | EN | 中文

Covid-19: Terkini 17 kes baharu, kematian kumulatif 113

Dr-Noor-Hisham-Abdullah-KKM.png

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan FB Kementerian Kesihatan Malaysia)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu kes kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kepada 113 kes.

Dalam pada itu 17 kes positif baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 6,872 kes.

Menurut Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 73 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 5,512 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 13 orang dengan lima daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 6,872 kes dengan 80.2 peratus telah sembuh bersamaan 5,512 pesakit, manakala 113 kematian bersamaan 1.64 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,247 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top