BM | EN | 中文

Covid-19: Susulan penularan, sesi persekolahan di Johor dicadang dihenti sementara

Sharon-Teo-Siew-Hui.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 APR: Susulan 27 buah sekolah yang ditutup di negeri ini akibat penularan semula Covid-19 mengundang kebimbangan ibu bapa.

Pegawai khas ahli parlimen Pulai, Sharon Teoh mendapat aduan terdapat ibu bapa yang bimbang dan tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah.

Katanya, tindakan kerajaan sebelum ini menimbulkan pelbagai pertikaian sehingga perkara seperti hari ini terjadi.

Advertisement

“Pertama kerajaan tidak langsung mendengar keluhan dan kebimbangan orang ramai berkenaan pengumuman pembukaan sekolah sedangkan kerajaan belum bersedia mencari jalan untuk melindungi nyawa murid.

“Kedua, program vaksinasi yang tidak mengutamakan guru-guru atau tenaga pengajar di sekolah yang berhadapan dengan murid setiap hari.

“Kerajaan perlu menimbang semula keadaan ini dan sekiranya tidak dapat dibendung kerajaan perlu menghentikan sementara sesi persekolahan di negeri ini,” kata Sharon yang juga Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor.

Advertisement

Kerajaan Johor kelmarin memaklumkan 27 buah sekolah di Johor ditutup secara berperingkat selepas terdapat kes positif Covid-19 dikesan.

Penutupan itu melibatkan 10 buah sekolah agama manakala 17 yang lain merupakan sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan sekolah jenis kebangsaan.

Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang mengumumkan penutupan sekolah-sekolah berkenaan selama tujuh hari.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top