BM | EN | 中文

Covid-19: STFC syor guna kaedah FTTIS kekang penularan – Dr Dzulkefly

dr-dzulkefly-ahmad.jpg

Pengerusi STFC, Dr Dzulkefly Ahmad

Advertisement

SHAH ALAM, 25 MEI: Kerajaan disaran menggunakan kaedah FTTIS (cari, uji, kesan, asing, sokong) yang digunakan Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) bagi mengekang penularan Covid-19.

Pengerusi STFC, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kaedah yang digunakan menerusi Saringan Komuniti itu disarankan memandangkan wabak semakin tidak terkawal dan jumlah kes kian meningkat.

“STFC syorkan supaya dilaksana FTTIS ‘Mass Testing’ memandangkan pandemik semakin tidak terkawal dengan kaedah yang lebih pantas.

Advertisement

“Selain itu, guna pakai sepenuhnya aplikasi digital dalam mengesan dan memantau pesakit dalam kuarantin, termasuk di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC),” katanya menerusi segmen ‘Anda Tanya, Dr Dzul Jawab’ di Facebook.

Terdahulu Dr Dzulkefly dilaporkan SelangorKini menyeru kerajaan mempertingkatkan jumlah penerima vaksin di Selangor selain menambah jumlah tenaga kerja, fasiliti kesihatan Kementerian kesihatan untuk menampung peningkatan kes wabak.

“Kurangkan birokrasi kerja sedia ada supaya usaha pencegahan lebih pantas dan tumpuan diberikan kepada pesakit dan bukan kepada kertas kerja.

Advertisement

“Libatkan juga kolaborasi dengan penjagaan kesihatan swasta secara optimum,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top