BM | EN | 中文

COVID-19: Singapura rekod 14 kes import, seorang baru pulang dari Malaysia

tambak-johor.jpg
Advertisement

SINGAPURA, 26 DIS: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan satu daripada 14 kes import di republik itu yang diumumkan semalam melibatkan seorang rakyat Singapura yang pulang dari Malaysia.

Dilabelkan sebagai kes 58748, lelaki berusia 25 tahun itu yang tidak mempunyai gejala telah diasingkan sebaik tiba di Singapura, menurut kementerian itu menerusi data penuh yang dikeluarkan malam tadi.

Bernama melaporkan MOH dalam kenyataan bahawa 11 kes import juga tidak bergejala yang dikesan daripada saringan dan pengawasan proaktif manakala dua lagi mengalami gejala.

Advertisement

Setakat tengah hari Jumaat, republik itu melaporkan sejumlah 14 kes baharu COVID-19 dengan tiada penularan komuniti atau menginap di asrama, menjadikan jumlah jangkitan di negara ini kepada 58,509 kes.

MOH setakat ini mengklasifikasikan 1,727 daripada kes dilaporkan sebagai import, 2,276 kes komuniti dan 54,506 melibatkan penghuni asrama.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top