BM | EN | 中文

Covid-19: Setakat ini, 2,720 masih berada di pusat kuarantin seluruh Johor

Exco-Jawatankuasa-Kesihatan-dan-Alam-Sekitar-negeri-Johor-R-Vidyananthan.jpg

Exco Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 MEI: Setakat ini, seramai 2,720 masih berada di beberapa pusat kuarantin yang disediakan di sekitar negeri Johor, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan.

Katanya, seramai 21,439 jumlah pelawat telah direkodkan kemasukan melalui pintu masuk negeri Johor, dengan seramai 16,215 orang telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan 5,140 orang telah diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah (Home Surveillance).

Langkah itu dibuat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan penyakit Berjangkit 1988, kerana memiliki sijil sah Covid-19 yang negatif.

Advertisement

“Dengan perlaksanaan PKP pada 18 Mac, kerajaan telah mengisytiharkan tiada lagi kemasukan warga asing dibenarkan dan semua rakyat yang pulang dari luar negara perlu menjalani kuarantin 14 hari dengan saringan kesihatan dan ujian Covid-19.

“Untuk makluman juga, mulai 8 Mei 2020, semua pelawat yang masuk ke negeri Johor akan dimasukkan ke Pusat Kuarantin.

“Pusat-pusat kuarantin dikenalpasti dan diwartakan bagi menempatkan warganegara yang pulang dari luar negara.

Advertisement

“Sehingga 24 Mei 2020, sebanyak lima puluh sembilan (59) buah pusat kuarantin telah beroperasi dengan kapasiti sebanyak 10,201 penghuni,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu Vidyananthan menasihatkan orang ramai agar tidak panik apabila mendapat berita mengenai pertambahan kes.

Ini kerana, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sentiasa komited dalam memastikan wabak ini dapat dibendung daripada menular ke dalam masyarakat umum.

Advertisement

“JKN Johor mengambil serius dengan melakukan pelbagai langkah pencegahan termasuk melakukan saringan susulan kepada mereka yang berisiko tinggi.

“Pemantauan pelawat yang memasuki pintu masuk negeri Johor telah dilaksanakan seawal Januari oleh JKN Johor dengan saringan suhu
badan pelawat-pelawat, ekoran dari laporan kejadian Wuhan Pneumonia di China.

“Aktiviti ini telah dimantapkan lagi apabila bilangan kes dilaporkan meningkat dan WHO telah menggelarkan pandemik Covid-19 sebagai Public
Health Emergency of International Concern (PHEIC) pada 30 Januari 2020,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkiini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top