BM | EN | 中文

Covid-19: Setakat 14 April, lapan mukim di Johor tiada rekod kes baharu

covid-19.jpg

Gambar Hiasan:: Petugas Kesihatan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 APR: Lapan mukim dalam negeri Johor tidak mencatatkan sebarang rekod baharu kes jangkitan Covid-19, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan.

Mukim-mukim tersebut adalah Pengkalan Raja/Jeram Batu, Mukim Benut dan Mukim Rimba Terjun di daerah Pontian, Mukim Jelutong dan Mukim Tanjung Kupang di daerah Johor Bahru dan Mukim Peserai di daerah Batu Pahat.

Dua lagi mukim yang kekal tidak merekodkan peningkatan kes adalah Mukim Padang Endau di Mersing dan Mukim Macap di Kluang.

Advertisement

“Pada hari semalam juga, tiada kes positif baharu telah dicatatkan di daerah Kluang iaitu melibatkan kawasan Bandar Baru Ibrahim Majid.

“Kerajaan negeri Johor akan terus memastikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam akan terus dipantau dengan rapi.

“Menteri Kanan Pertahanan dalam sidang medianya pada hari semalam telah mengumumkan pelanjutan tempoh PKPD di Simpang Renggam sehingga ke 28 April 2020.

Advertisement

“Terdapat perkembangan positif yang terhasil daripada usaha kerajaan dan pematuhan masyarakat kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam mengekang penularan Covid-19 di Johor.

“Suka saya maklumkan, beberapa mukim yang sebelum ini mempunyai kes Covid-19 kini tidak lagi merekodkan kes-kes baru,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, menurut CPRC Jabatan Kesihatan Negeri Johor, mukim-mukim yang mencatatkan kes jangkitan Covid-19, namun tiada tambahan kes setakat 14 April 2020 adalah:

Advertisement

Pontian : Mukim Pengkalan Raja/Jeram Batu (2 kes), Mukim Benut (1 kes), Mukim Rimba Terjun (1 kes)
Johor Bahru : Mukim Jelutong (1 kes), Mukim Tanjung Kupang (5 kes)
Batu Pahat : Mukim Peserai (1 kes)
Mersing : Mukim Padang Endau (1 kes)
Kluang : Mukim Macap (4 kes)

Kata Vidyananthan kerajaan negeri berharap supaya akan lebih banyak lagi mukim-mukim tidak mencatatkan keskes baru dari semasa ke semasa.

“Adalah diharapkan kepada semua rakyat Johor untuk terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga kita berjaya mengekang penularan wabak ini,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top