BM | EN | 中文

Covid-19: Seramai 5,225 individu telah ditempatkan di 57 pusat kuarantin di Johor

Vidyananthan-Ramanadhan-1.jpg

R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 MEI: Seramai 5,225 individu telah dikuarantin di 57 pusat kuarantin di negeri ini setakat rekod jam 10 malam semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar R. Vidyananthan berkata jumlah berkenaan melibatkan majoriti 5,203 orang awam terdiri daripada warganegara kerja di Singapura yang pulang dan selebihnya penuntut yang pulang ke negara ini, iaitu 22 orang.

“Daripada jumlah keseluruhan 5,225 individu yang dikuarantin, seramai 5,214 orang diletakkan di bawah kategori Individu Dalam Pemerhatian (PUS) manakkala 11 sebagai Individu Dalam Siasatan (PUI).

Advertisement

“Berdasarkan statistik Pusat Kawalan Bencana Negeri (PKOB), hampir separuh daripada pusat kuarantin telah digunakan daripada jumlah
keseluruhan sebanyak 110 stesen kuarantin di negeri ini,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau individu yang dikuarantin ditempatkan di pusat-pusat melibatkan beberapa daerah seperti Johor Bahru, Kota Tinggi, Muar, Kluang, Pontian, Segamat dan Batu Pahat.

“Saya yakin jumlah pusat kuarantin yang telah diwartakan setakat ini, iaitu sebanyak 110 mencukupi untuk menampung individu yang perlu dikuarantin khususnya bagi mereka yang pulang dari Singapura,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu beliau turut menasihatkan warganegara yang bekerja di Singapura dan mahu pulang ke negara ini supaya melakukan persiapan sepenuhnya khususnya dokumen perjalanan dan sebagainya.

“Saya faham mereka yang ingin pulang ke negara ini terpaksa menunggu giliran yang diberikan oleh Pesuruhajaya Tinggi Malaysia di Singapura dan perkara ini mengambil sedikit masa.

“Justeru, saya berharap agar mereka terus bersabar dan menunggu giliran,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top