BM | EN | 中文

Covid-19: Seramai 108 pesakit discaj dari hospital, antara rekod tertinggi

covid_19_coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 1 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan seramai 108 pesakit discaj dan dibenarkan keluar hospital, antara rekod tertinggi dicatatkan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 645 kes.

Dalam pada itu sebanyak 142 kes baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 2,908.

Advertisement

Sementara itu, dua pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 45 kes.

Sehingga kini seramai 102 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut 66 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top