KUALA LUMPUR, 4 JUL: Hari ini mencatatkan sepuluh kes baharu positif Covid-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,658 kes.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, tiada kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 121 kes.
Daripada sepuluh kes baharu, tujuh merupakan kes inport dan tiga adalah penularan tempatan.
Daripada tiga kes penularan tempatan satu kes adalah bukan warganegara, manakala tujuh kes import mendapat jangkitan adalah dari Arab Saudi.
Dalam pada itu katanya 15 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,461 kes.
Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai dua orang dan keduanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,658 kes dengan 97.72 peratus kadar sembuh bersamaan 8,461 pesakit, manakala 121 kematian bersamaan 1.4 peratus.
Sehingga kini sejumlah 76 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.
Johorkini